Memaparkan catatan dengan label GAYA HIDUP SIHAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GAYA HIDUP SIHAT. Papar semua catatan

Jumaat, 4 April 2014

SAKIT GOUT DAN CARA MENCEGAHNYA


APA ITU SAKIT GOUT?

Sakit gout adalah sejenis penyakit sendi yang berpunca daripada pembentukan kristal asid urik di dalam cecair sendi ekoran daripada kandungan asid urik yang tinggi di dalam darah.

Sakit gout akan membawa rasa sakit yang ketara, terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah akibat daripada radang. Jika dibiarkan, ia akan merebak ke sendi-sendi lain sementara menyebabkan hakisan pada permukaan dalaman sendi dan tumbuhnya tophi gout yang keras pada permukaan kulit.

Masalah batu karang pada buah pinggang turut sering berlaku pada penghidap gout. Begitu juga dengan risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka mempunyai kandungan asid urik darah yang tinggi.

Serangan gout adalah kronik dan berpanjangan. Serangan gout tiba-tiba jenis ini dikenalpasti sebagai jenis sakit gout yang berulang-ulang. Semasa sakit itu, sendi akan menjadi bengkak dan rasa berdenyut-denyut, keadaan ini akan berterusan untuk tempoh lebih kurang satu minggu.

PUNCA SAKIT GOUT

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:
1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout.

TANDA-TANDA SAKIT GOUT

Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.
Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas, dan mengalami sakit yang ketara.

Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.
Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga tiupan angin pun boleh membawa kesakitan

Jika tidak dirawat, bengkat tersebut akan berlarutan berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.
Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas beberapa minggu atau bulan.

Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.

APAKAH MAKANAN PENCETUS GOUT?

Antara makanan yang patut di elakkan ialah:-
Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
Daging merah.
Cendawan.
Yis (roti putih, roti manis).

Bagaimana Shaklee boleh membantu anda?


Pengambilan beberapa supplemen berikut dapat membantu mengurangkan asid urik dalam badan pesakit Gout.
1. Alfalfa - untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.
2. Performance drink- memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.
3. Joint Health Tablet - memberi keselesaan kepada sendi
4. OmegaGuard- Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut. Konsultasi percuma dengan setiap pembelian daripada saya.

Linda (SID 866459)
012 940 1604
sihatdengansaya@gmail.com

Jumaat, 28 Mac 2014

5 TIPS PEMAKANAN SIHAT

  1. MAKAN PERLAHAN-LAHAN



    Otak akan memberitahu bahawa perut telah kenyang selepas 20 minit. Makan dengan perlahan dan kunyah betul-betul sebelum  telan.
    Untuk menjaga sistem penghadaman saya, saya amalkan Omega Guard dan Herblax setiap hari bagi mengelakkan sembelit dan melawaskan pembuangan sisa kumuh.
     
  2. JANGAN SKIP WAKTU MAKAN



    Melangkau waktu makan biasanya akan menurunkan kadar metabolisme badan dan kurang membakar lemak. Ini akan menyebabkan peningkatan berat badan.
    Tingkatkan kadar metabolisme anda dengan meminum banyak air masak serta meningkatkan kadar pengambilan protein dalam diet harian anda.
      
  3. 'TIPU' OTAK ANDA


    Otak membuat keputusan berdasarkan apa yang kita lihat pada makanan dalam pinggan. Dengan meletakkan makanan dengan bahagian yang sama dalam pinggan yang lebih kecil dapat ‘menipu’ otak. (Otak mentafsirkan bahawa kita sedang mengambil makanan yang lebih banyak)

  4. BACA LABEL MAKANAN



    Baca kandungan nutrisi pada setiap label makanan dengan teliti. Perhatikan Jumlah Kalori dan kalori daripada Lemak, Protein dan Karbohidrat.
    ESP dan Cinch amat membantu saya memenuhi keperluan diet harian saya kerana kandungan gula yang hampir rendah dan indeks glisemiknya membuatkan saya tidak risau untuk minum minuman ini setiap hari.
     
  5. MAKAN MAKANAN BERNUTRISI TINGGI



    Tiada suatu makanan pun yang mengandungi semua nutrien di dalamnya. Makanlah secara seimbang dan pelbagai untuk membina kesihatan yang bagus.
    Saya sendiri adakala tidak berkesempatan untuk menyediakan makanan yang lengkap untuk keluarga saya. Tambahan kekangan waktu kerja membuatkan saya akan kehabisan tenaga setelah seharian di pejabat. Dengan itu, saya sentiasa pastikan 1 biji VitaLea diambil setiap hari bagi melengkapi nutrien di dalam badan saya.

     Inginkan penerangan lebih lanjut tentang pemakanan bernutrisi lengkap?
     Jangan malu-malu untuk hubungi saya seperti di bawah:
    Linda
    0129401604
    sihatdengansaya@gmail.com