Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SANTAI. Papar semua catatan

Jumaat, 4 April 2014

8 Rempah Setiap Wanita WAJIB Ambil

entri sebelumnya di sini.

    5. Bunga Cengkih

    Mengandungi elemen Manganese, Vitamin C, asid lemak Omega 3, Magnesium, Kalsium dan serat yang tinggi. Boleh membantu untuk merawat penyakit kulit yang berpunca dari cacing cincin. Pesakit gigi juga boleh mencuba cengkih sebagai kaedah alternatif mengubati sakit gigi dan bengkak gusi.

    6. Halba

    Halba sangatlah beraromatik, kuat dan pahit manis, seperti gula yang dibakar dengan sedikit daun saderi. kegunaan utama halba adalah dalam serbuk kari. Halba dijadikan teh untuk melancarkan haid dan melegakan senggugut. Ini disebabkan bahan aktif di dalam halba mampu merehatkan otot dan mengelakkannya daripada kekejangan.

    7. Lada Hitam

    Kajian di Michigan Cancer Center mendapati ia membantu dalam pencegahan kanser payudara. Kandungan Vitamin C, A flavoinod, karoten dan zat anti oksidan lainnya dapat mencegah radikal bebas. Masalah pencernaan seperti sembelit dan kembung juga boleh dikurangkan. Perasan tak? Ia juga digunakan untuk tuam kepada perut bayi yang baru lahir.

    8. Jintan Putih dan Jintan Manis

    Mempunyai ciri anti kanser yang kuat. Pesakit anemia digalakkan mencampurkan sedikit jintan manis atau jintan putih dalam diet harian untuk pemulihan yang lebih cepat. Ia juga boleh menolong menyingkirkan kahak dan meringankan penyakit tertentu seperti asma dan bronkitis. Ia juga berkesan meransang kitaran haid wanita. Turut digunakan untuk rawatan buasir, melawan selsema dengan meningkatkan sistem imun, menyah toksin dan memperbaiki kehadaman.

    Nah! Rempah ratus ini semestinya ada di dapur anda melainkan dapur anda sangat-sangat jarang digunakan.

    Seperti juga Shaklee,  semua produk dikilangkan menggunakan bahan yang selamat dan semulajadi. Aspek keselamatan ini bukan sahaja ditekankan untuk setiap produk dan pengamalnya, malah turut ditekankan kepada aspek alam sekitar agar tidak membahayakan serta lebih mesra alam.

    Jangan ragu-ragu untuk dapatkan suplemen Shaklee daripada saya ya!

    Sila hubungi
    Linda (866459)
    0129401604
    sihatdengansaya@gmail.com

    Rabu, 2 April 2014

    8 Rempah Setiap Wanita WAJIB Ambil Tahu

    Rempah ratus digunakan untuk menambah selera dan aroma dalam masakan.
    Tetapi terdapat juga khasiat tersembunyi yang WAJIB diketahui setiap wanita.

    Jom kita geledah rahsia rempah ratus ini!

    1. Buah Pelaga

      Turut dikenali sebagai Permaisuri Rempah Ratus kerana sangat eksotik dan mahal harganya di pasaran dunia. Berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta membuang angin dalam perut.
       
    2.  Kayu Manis

      Membantu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien kepada kulit. Kajian turut mendapati kayu manis mampu menurunkan paras kolestrol LDL. Ia juga merupakan bahan kecantikan semula jadi yang dapat menghilangkan parut, mengurangkan kesan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.
       
    3. Ketumbar 

      Selain menjadi pelengkap masakan, ketumbar turut digunakan untuk mengubati masalah kulit kering. Namun ada had penggunaan ketumbar dalam pengambilan diet harian anda. Ambillah secara berpada-pada.

    4. Bunga Lawang

      Mempunyai tindakan antikulat dan antibakteria. Aromanya bersifat sebagai penenang digunakan dalam minyak urut supaya tidur dengan lebih nyenyak. Ianya dimasukkan dalam masakan sebagai ubat kepada masalah pencernaan, meningkatkan susu ibu (sebagai penggalak susu), merawat athma, bronchitis dan batuk kering.

      bersambung di sini.

    Rabu, 26 Mac 2014

    10 perkara utama musnahkan sel-sel otak



    TAHUKAH ANDA?

    Terdapat 10 perkara yang mampu merosakkan sel-sel otak. 
    Cuba hindari perkara-perkara di bawah bagi mengekalkan kesihatan sel-sel otak anda.

     1. Tidak bersarapan pagi
    Tanpa sarapan pagi, aras gula dalam darah akan rendah dan otak kurang bertenaga

    2. Terlalu panas
    Suasana panas akan memberi kesan kepada arteri otak

    3. Merokok
    Penyebab utama otak mengecut secara berganda dan penyebab penyakit Alzheimer

    4. Pengambilan gula tinggi
    Mengganggu penyerapan protein dan zat makanan dan turut membantutkan pembangunan otak dan minda

    5. Pencemaran udara
    Otak memerlukan banyak oksigen (udara yang bersih). Menyedut udara kotor yang tercemar akan menurunkan kecekapan otak

    6. Terlebih tidur
    Terlebih tidur akan menyebabkan sel otak mati

    7. Tutup kepala ketika tidur
    Ini memberi kesan buruk kepada kemusnahan sel-sel otak

    8. Menggunakan otak ketika sakit
    Bekerja keras sewaktu sakit akan melemahkan fungsi otak malah boleh merosakkannya

    9. Kurang ransang pemikiran
    Berfikir merupakan cara terbaik melatih otak, jika kurang meransang budaya berfikir adalah punca pengecutan otak

    10. Kurang bercakap
    Perbincangan intelek akan membangunkan otak secara berkesan




    sumber :Pn Fauziah Tengah, Kaunselor Institut Profesional Baitulmal

    Rabu, 11 September 2013

    Apakah beza di antara Suplemen dan juga Ubat?

    [Suplemen vs Ubat]

    Tahukah anda beza antara suplemen dan ubat?

    Ubat: hanya layak diberi oleh pihak berdaftar untuk MERAWAT penyakit yang dihidapi. Tidak semestinya mengambil ubat-ubatan akan menghilangkan terus sakit itu.

    Suplemen: makanan tambahan dalam pelbagai bentuk untuk MENGHINDARKAN penyakit, membantu mengurangkan penyakit yang dihidapi.

    MengHINDAR lebih baik dari meRAWAT kan?

    Apa2pun, semua itu adalah usaha daripada duduk diam tak buat apa2...


    Perlukanbantuan dalam kesihatan tubuh badan anda?

    Hubungi saya segera ya!

    Linda Ismail
    0129401604
    sihatdengansaya@gmail.com
    facebook.com/SihatDenganSaya

    Sabtu, 15 Jun 2013

    Jawapan Pertandingan Peribahasa Tahun 4


    Mungkin ada yang gelakkan adik kita ini. Tapi sebenarnya inilah antara pemikiran kreatif yang sangat sukar didapati di kalangan anak-anak kita.

    Tak mustahil sekiranya adik kita ini menjadi seorang menteri suatu hari nanti dek pemikiran kreatif namun masih bersandarkan logika akal!

    Kalau nak diikutkan, jawapan adik kita ni memang logik. Sebab peribahasa yang ada ini pun dah sekian lama wujudnya. Kalau nak diikutkan peredaran zaman, memang bijaklah adik ni!

    Selasa, 2 April 2013

    Takziah Atas pemergian Fauziah a.k.a Gee

    I used to follow this blog, tapi lately sibuk dan tak sempat nak bukak.
    Today dapat tau, Gee passed away today after 2 years bed ridden.
    Dia kena athma attack dan terus dapat gangguan saraf pada otak.
     
    This blog is dedicated by En Abil to his lovely wife, with hope that one day she’ll wake up and read what had happened during her absence.
     
    Takziah dan sama-sama kita sedekahkan doa dan Fatihah buat mereka.
    Innalillahiwainnalillahirojiun...
     
    blog : http://abil4fauziah.blogspot.com
    fb : Dana Sinar Fauziah

    Jumaat, 22 Mac 2013

    Tazkirah Jumaat

    Tazkirah Jumaat

    Sifat-sifat Mazmumah dan Mahmudah



    10 SIFAT MAZMUMAH

    Ghadab - marah

    Hasad Dengki

    Bakhil - kedekut

    Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"

    Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"

    Hubb al-Jah - Gila Kuasa

    Hubb al-Dunya - Gila Dunia

    'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri

    Takabbur - Sombong

    Riya' - menunjuk-nunjuk.





    10 SIFAT MAHMUDAH

    Taubat

    Khauf - takut

    Zikr al-Maut - Ingat Mati

    Mahabbah - kasih sayang

    Zuhud

    Tawakkal

    Ikhlas

    Syukur

    Redha

    Sabar



    Semoga Allah melindungi kita daripada tingkah laku yang hina ini.

    Khamis, 14 Mac 2013

    Bahagia yang membahagiakan

    Bilamana tengah sedap-sedap tidur, tiba-tiba ada satu tangan halus yang dok peluk kita, itulah perasaan bahagia yang tak terhingga! Tangan kanan peluk si abang, tangan kiri peluk si adik. Biarlah lenguh sampai ke pagi, janji anak-anak mama selesa dalam pelukan mama.

    Adik demam sikit hari ni. Mama pun tak berapa sihat. Abang baru je baik sikit. Bertimpa-timpa dan melarat-larat pulak demam ni. Paling kesian kat adik sebab tak boleh bagitau mama sakit kat mana.

    Tak apalah, yang penting mama kekalkan gaya hidup sihat, pemakanan yang seimbang untuk anak-anak mama. Mama pun tak lupa ambil suplemen (Vita-Lea, Vita-C dan B Complex) setiap hari supaya mama lebih bertenaga nak jaga anak-anak mama ni. Eh, tak lupa juga mama minum ESP+mealshake yang rasanya amat menggiurkan supaya production susu tak merudum waktu sakit macam ni.