Memaparkan catatan dengan label REMPAH RATUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label REMPAH RATUS. Papar semua catatan

Jumaat, 4 April 2014

8 Rempah Setiap Wanita WAJIB Ambil

entri sebelumnya di sini.

    5. Bunga Cengkih

    Mengandungi elemen Manganese, Vitamin C, asid lemak Omega 3, Magnesium, Kalsium dan serat yang tinggi. Boleh membantu untuk merawat penyakit kulit yang berpunca dari cacing cincin. Pesakit gigi juga boleh mencuba cengkih sebagai kaedah alternatif mengubati sakit gigi dan bengkak gusi.

    6. Halba

    Halba sangatlah beraromatik, kuat dan pahit manis, seperti gula yang dibakar dengan sedikit daun saderi. kegunaan utama halba adalah dalam serbuk kari. Halba dijadikan teh untuk melancarkan haid dan melegakan senggugut. Ini disebabkan bahan aktif di dalam halba mampu merehatkan otot dan mengelakkannya daripada kekejangan.

    7. Lada Hitam

    Kajian di Michigan Cancer Center mendapati ia membantu dalam pencegahan kanser payudara. Kandungan Vitamin C, A flavoinod, karoten dan zat anti oksidan lainnya dapat mencegah radikal bebas. Masalah pencernaan seperti sembelit dan kembung juga boleh dikurangkan. Perasan tak? Ia juga digunakan untuk tuam kepada perut bayi yang baru lahir.

    8. Jintan Putih dan Jintan Manis

    Mempunyai ciri anti kanser yang kuat. Pesakit anemia digalakkan mencampurkan sedikit jintan manis atau jintan putih dalam diet harian untuk pemulihan yang lebih cepat. Ia juga boleh menolong menyingkirkan kahak dan meringankan penyakit tertentu seperti asma dan bronkitis. Ia juga berkesan meransang kitaran haid wanita. Turut digunakan untuk rawatan buasir, melawan selsema dengan meningkatkan sistem imun, menyah toksin dan memperbaiki kehadaman.

    Nah! Rempah ratus ini semestinya ada di dapur anda melainkan dapur anda sangat-sangat jarang digunakan.

    Seperti juga Shaklee,  semua produk dikilangkan menggunakan bahan yang selamat dan semulajadi. Aspek keselamatan ini bukan sahaja ditekankan untuk setiap produk dan pengamalnya, malah turut ditekankan kepada aspek alam sekitar agar tidak membahayakan serta lebih mesra alam.

    Jangan ragu-ragu untuk dapatkan suplemen Shaklee daripada saya ya!

    Sila hubungi
    Linda (866459)
    0129401604
    sihatdengansaya@gmail.com

    Rabu, 2 April 2014

    8 Rempah Setiap Wanita WAJIB Ambil Tahu

    Rempah ratus digunakan untuk menambah selera dan aroma dalam masakan.
    Tetapi terdapat juga khasiat tersembunyi yang WAJIB diketahui setiap wanita.

    Jom kita geledah rahsia rempah ratus ini!

    1. Buah Pelaga

      Turut dikenali sebagai Permaisuri Rempah Ratus kerana sangat eksotik dan mahal harganya di pasaran dunia. Berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta membuang angin dalam perut.
       
    2.  Kayu Manis

      Membantu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien kepada kulit. Kajian turut mendapati kayu manis mampu menurunkan paras kolestrol LDL. Ia juga merupakan bahan kecantikan semula jadi yang dapat menghilangkan parut, mengurangkan kesan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.
       
    3. Ketumbar 

      Selain menjadi pelengkap masakan, ketumbar turut digunakan untuk mengubati masalah kulit kering. Namun ada had penggunaan ketumbar dalam pengambilan diet harian anda. Ambillah secara berpada-pada.

    4. Bunga Lawang

      Mempunyai tindakan antikulat dan antibakteria. Aromanya bersifat sebagai penenang digunakan dalam minyak urut supaya tidur dengan lebih nyenyak. Ianya dimasukkan dalam masakan sebagai ubat kepada masalah pencernaan, meningkatkan susu ibu (sebagai penggalak susu), merawat athma, bronchitis dan batuk kering.

      bersambung di sini.