Memaparkan catatan dengan label OSTEMATRIX. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label OSTEMATRIX. Papar semua catatan

Sabtu, 5 April 2014

Kelebihan Utama OsteMatrix Shaklee

  •  Menguatkan tulang: Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. Kalisum juga merawat tulang reput, menguatkan gusi dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas: Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis
  • Meringankan stress: Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki depresi, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam
  • Memperbaiki masalah haid: Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit seaktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh: Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.
  • Merawat penyakit ricket: Meningkatkan penyerepan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.
  • Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga: Magnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor dua penting didalam tubuh badan kita.
  • Memelihara metabolism kerangka dan pertumbuhan otot: Ostematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Manganes dan Kuprum yang membantu memelihara metabolism kerangka badan.

Selasa, 1 April 2014

Siapa Perlukan OsteMatrix Shaklee?

Tahukah Anda?

Kalsium dan Vitamin D menghalang tulang menjadi rapuh.
Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus.


Kenapa Kalsium Shaklee ni best?

OsteMatrix LENGKAP dengan magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Apa Beza OsteMatrix Shaklee dengan kalsium lain?

Semua vitamin dan nutrien ni ada dalam satu kapsul yang mudah ditelan.
Jadi, tak payah nak telan banyak-banyak dah!

Siapa Perlukan OsteMatrix Shaklee?


Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik dengan syarat prinsip utama penyusuan diamalkan. (supply vs demand)

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!


Jika anda mengalami masalah sembelit, ostematrix boleh membantu melancarkan dan mengurangkan sembelit. Kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet di samping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang.

Jika anda sukar tidur malam dan rasa lesu sewaktu bangun pagi, dengan mengambil ostematrix akan membantu anda lebih senang dan tenang sewaktu tidur dan rasa cergas apabila bangun pagi.
 

Isnin, 17 Februari 2014

Bahaya Susu Formula kepada Bayi

Saya seorang ibu, saya cuba berikan yang terbaik untuk anak saya.
Saya juga pernah berikan susu formula kepada anak saya atas kejahilan saya tentang penyusuan susu ibu.


Tetapi seorang tetamu yang hadir menziarahi saya genap seminggu saya berpantang membuatkan saya tersedar keburukan susu formula.
Saya nekad, berikan yang terbaik kepada anak saya.

Kala itu, breastpump masih lagi agak mahal, tak seperti sekarang di mana pelbagai jenama, pelbagai fungsi dan harga yang menarik boleh didapati. Saya gigih membaca kaedah penyusuan yang betul, cara membanyakkan air susu dan pelbagai lagi cara saya lakukan hingga saya hampir putus asa.

Push factor saya:
1. kata-kata azimat daripada Dr Suhaimi Isa "kalau ibu give up, baby akan give up"
2. anak saya mengalami incomplete intestine dan saya mesti berusaha berikan dia susu ibu agar dia cepat sembuh

Alhamdulillah.
Usaha saya membuahkan kejayaan.
Semenjak itu, saya telah menggunakan lebih daripada 12 jenis pam pelbagai jenama. Yang tidak digunakan, saya jual.

Saya mencuba pelbagai suplemen dan milk booster.
Sekarang saya tahu apa milk booster yang sesuai dengan saya.

Saya pilih SHAKLEE.
Kenapa?
Betulkah Set menyusu SHAKLEE boleh banyakkan susu?
Efektifkah set menyusu itu?

TOLONG!
Betulkan minda anda.
Fahami konsep penyusuan.
Fahami kegunaan suplemen dalam membantu penyusuan.
Gabungkan keduanya, anda akan mendapat hasil yang anda perlukan.

Dapatkan nasihat daripada pengedar yang betul.
InsyaAllah, saya sentiasa kongsikan pengalaman pahit getir saya dalam menyusukan ketiga-tiga permata hati saya.

Sekadar nukilan dari hati seorang ibu...
Linda
012-9401604

Rabu, 28 Ogos 2013

Suplemen Untuk Bakal Jemaah Haji dan Umrah



Dalam menunaikan rukun Islam yang kelima ini, kita sentiasa mendoakan agar kita diberkati dan diberikan kesihatan agar dapat beroleh haji yang mabrur.

Tak siapa yang mahu mengerjakan haji dalam keadaan sakit dan uzur sehingga terpaksa meminta bantuan ahli keluarga dalam menunaikan ibadah tersebut.

Sebagai persiapan awal (klik di sini untuk lebih lanjut tentang persiapan jemaah haji), pastikan jemaah haji berada dalam keadaan sihat dan bertenaga sebelum bertolak ke sana. Kerana itu juga, saya menyarankan pengambilan suplemen seperti di bawah bagi mengekalkan kesihatan tulang dan sendi. Maklumlah, nak mengerjakan ibadah ni banyak memerlukan pergerakan kaki dan tulang-tulang kita. Melalui pengalaman mama yang pergi ke sana tahun 2010 dulu, Alhamdulillah dia diberikan kesihatan untuk berulang-alik ke Masjidil Haram dan tempat penginapan yang jaraknya 1km dalam keadaan lututnya yang sakit.

Namun mama memang disiplin dengan pengambilan suplemen meskipun sebelum bertolak ke sana. Apa-apapun, semua itu dengan kuasa Allah jua. Kita hanya mampu berusaha dan bertawakkal sahaja.

Sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan masalah kesihatan jemaah haji, cubalah set vitamin dan suplemen untuk bakal haji dan umrah ini. Anggaran pengambilan boleh bertahan sehingga 2 bulan sekiranya mematuhi aturan yang dicadangkan.





Hubungi saya segera sementara tawaran hebat ini belum berakhir!
Linda Ismail (SID 866459)
♥ email : sihatdengansaya@gmail.com
♥ Tel | SMS | Whatsapp | Viber : 012-940 1604
http://www.facebook.com/SihatDenganSaya
http://sihatdengansaya.blogspot.com/

Khamis, 22 Ogos 2013

Persiapan Jemaah Sebelum ke Tanah Suci

Pendahuluan

Mengerjakan haji merupakan rukun Islam ke lima bagi umat Islam. Justeru itu adalah sangat penting bagi semua bakal jemaah haji untuk membuat persiapan diri dari semua aspek termasuk penjagaan kesihatan.

Maklumat yang disediakan hanyalah sebagai panduan bagi jemaah untuk membuat persediaan serta langkah-langkah persediaan dalam mengekalkan tahap kesihatan supaya dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna.

Semoga panduan penjagaan kesihatan ini dapat membantu bakal jemaah/jemaah haji dalam menjaga kesihatan mereka sebelum, semasa dalam mengerjakan ibadat haji dan selepas pulang ke tanah air. Panduan yang disediakan ini, hanyalah dari aspek kesihatan sahaja. Bakal haji/jemaah haji dinasihatkan mendapatkan maklumat terperinci dari pihak Lembaga Tabung Haji dan Petugas Perubatan dari masa ke semasa.

Persiapan sebelum ke Tanah Suci

Semua jemaah haji termasuk kanak-kanak yang dibawa untuk mengerjakan haji diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai surat akuan doktor bagi memperolehi visa haji. Ini merupakan syarat/peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi semua jemaah yang ingin menunaikan fardu haji. Sebelum ke tanah suci semua bakal jemaah perlu mengambil tindakan berikut:

Sebelum belepas ke tanah suci, bakal haji perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan di klinik kesihatan atau hospital. Pemeriksaan ini penting bagi mengetahui status kesihatan diri jemaah seperti:

Semua bakal haji mesti mendapatkan suntikan anti meningitis iaitu meningococcal Quadrivalent Vaccine ACYW-135 yang boleh diambil di klinik atau hospital. Pihak Berkuasa Arab Saudi telah mewajibkan semua bakal haji mendapatkan suntikan ini sebelum mengerjakan haji. Suntikan ini akan diperakukan oleh doktor dan direkod dalam Buku Rekod Rawatan.

Bakal haji digalakkan juga mengambil suntikan pilihan seperti:
Walaubagaimanapun bakal haji diminta mendapatkan nasihat dari Pakar/Pegawai Perubatan terlebih dahulu mengenai imunisasi yang ingin diambil.

Selepas membuat pemeriksaan kesihatan semua maklumat kesihatan akan di catat didalam buku rekod rawatan kesihatan . Buku ini mempunyai makumat kesihatan serta senarai ubat-ubatan yang perlu diambil mengikut dos atau sukatan yang telah ditentukan. Buku ini hendaklah sentiasa dibawa bersama jemaah haji semasa mendapatkan rawatan perubatan di Tanah Suci.
  1. Membuat Pemerikasan Kesihatan
      • mengesan penyakit lebih awal supaya rawatan dapat diberikan bagi mengelakkan penyakit menjadi lebih teruk semasa di tanah suci
      • memberikan rawatan dan ubat sekiranya bakal jemaah haji menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, lemah jantung serta lain-lain masalah kesihatan
      • mengesan penyakit berjangkit yang boleh menjangkiti orang lain
      • kehamilan bagi wanita
      • masalah ganguan mental, nyanyuk (dimensia) dan sebagainya
      • mengesan penyakit bahaya
      • mengesan status kesihatan yang tidak mengizinkan

      1. Pemeriksaan kesihatan yang perlu ialah:
        • Pemeriksaan mental dan fizikal
        • Ujian makmal : Paras hemoglobin, kumpulan darah (A,B,O dan RH Factor dan lain-lain ujian ( jika perlu)
        • ECG, X-ray, ujian stress mengikut umur dan keadaan fizikal (jika perlu)
      2. Pemeriksaan lain yang digalakkan (tidak termasuk dalam pakej pemeriksaan kesihatan)seperti :
        • Mata - mengetahui tahap penglihatan
        • Telinga - mengetahui tahap pendengaran
        • Gigi - masalah pergigian. Semasa di Tanah Suci pasukan perubatan tidak menyediakan rawatan pergigian
     
  2. Mendapatkan suntikan (imunisasi)
    • Suntikan vaksin Anti Meningitis
    • Suntikan pilihan
    • Influenza
    • Pneumococcal 23-valent
    • Hepatitis (A, B, C)
    • Lain-lain vaksin
     
  3. Mempunyai Buku Rekod Rawatan kesihatan
Semasa pemeriksaan kesihatan, beritahu doktor mengenai penyakit yang dihadapi terutama yang berisiko tinggi seperti asma, sakit jantung, diabetes (kencing manis) dan hipertensi (darah tinggi) serta ubat-ubatan yang diambil. Jangan sembunyikan penyakit/masalah kesihatan agar tindakan segera boleh diambil bagi membantu mereka jika jatuh sakit semasa di Tanah Suci. Semua jemaah mesti mendapatkan pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 3 bulan sebelum berlepas ke Tanah Suci.

Pemeriksaan kesihatan bagi bakal jemaah warga mas 60 tahun ke atas.(warga emas)
Bakal haji warga emas perlu mendapatkan pemeriksaan kesihatan lebih awal iaitu 6 - 10 bulan sebelum belepas ke Tanah Suci bagi mengetahuii:
  • status kesihatan seperti kesihatan fizikal, mental dan pemakanan
  • keperluan khas seperti peralatan perubatan dan ubat-ubatan
  • kumpulan merisiko tinggi agar rawatan awal dapat diberikan
Bakal haji warga mas yang mempunyai masalah kesihatan kronik seperti asma, diabetes, hipertensi, sakit jantung, sakit buah pinggang dan endokrine sangat digalakkan mengambil suntikan influenza.
Penangguhan pemergian ke Tanah Suci Bakal haji yang menghadapi masalah kesihatan yang seriusdinasihatkan menangguhkan pemergian ke Tanah Suci jika mengalami masalah seperti:
  • Gangguan mental (gila/tidak siuman)
  • Dimensia (nyanyuk)
  • Diabetes yang tidak terkawal dan mempunyai komplikasi
  • Hipetensi yang tidak terkawal dan dalam keadaan bahaya
  • Sakit jantung di peringkat bahaya
  • Wanita hamil
  • Penyakit kanser di peringkat teruk/bahaya
  • Sedang menghidapi penyakit berjangkit
Pengambilan ubat hormon oleh jemaah haji wanita Bakal haji wanita yang ingin memberhentikan sementara haid diminta mendapatkan nasihat Pakar/Pegawai Perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil ubat hormon.

sumber: http://bit.ly/18LGIS5
Semakan Akhir : 13 November 2009
Penulis : Arizah Zainuddin

Isnin, 5 Ogos 2013

Hadiah istimewa buat ayahbonda di Aidilfitri ini!


Tercari-cari sesuatu yang istimewa untuk ayahbonda tercinta?

Sempena hari raya ini, pulanglah ke kampung halaman bersama-sama Advance Joint Health Tablet!

Kelebihan AJHT
🌀 sebagai pelincir sendi-sendi
🌀 mengurangkan lenguh-lenguh dan sengal-sengal
🌀 mengurangkan kesakitan pada tumit dan lutut
Dan BAAANYAAAAKK LAGI!

Eh jangan lupa...bulan ni saya bagi harga special untuk pelanggan yang dihormati!!!

Nak murah lagi? Beli 6 dan percuma 1 botol!

Tak percaya?

Hubungi saya segera untuk tips dan konsultasi percuma.
Linda Ismail (866459)
tel | sms | whatsapp | viber : 012 940 1604

Selasa, 11 Jun 2013

TIPS MUDAH TIDUR MALAM


Owh, dilema tak boleh tidur malam!
Dah puas mengiring ke kiri, alih ke kanan, pejam mata, celik mata, tengok cicak di siling...
Pun tak boleh lelapkan mata.

Tik Tok Tik Tok...
Tadi pukul 12 malam, sekarang dah 2 pagi.
Solat dulu lah. Buka Quran dan baca selai demi selai.

4 pagi.
Cubaan tidur tak menjadi lagi.
Haih! Apa nak buat ni?
Tiap-tiap malam macam ni.
 INSOMNIA!!!

Berapa ramai antara kita menghadapai masalah begini? Sila angkat keyboard!
Terus terang, saya memang selalu sangat ada masalah ni.
TAPI, ITU DULU!

Sekarang, saya dah berjaya mengatasi masalah tidak boleh tidur malam dengan bantuan pakar dan juga melalui pemakanan.

Iya, jangan risau. Saya akan kongsi petua dan tips untuk memudahkan tidur malam.


PUNCA INSOMNIA

Terlalu banyak merokok dan pengambilan kafein adalah antara punca utama insomnia. Stress dan tekanan berlebihan turut menjadi sebab kenapa tidak boleh tidur malam. Sebagai contoh, tekanan menghadapi peperiksaan, temuduga, masalah kewangan dan sebagainya.


RAWATAN INSOMNIA

  1. Rancang waktu tidur anda supaya menjadi rutin harian. Tetapkan pada waktu berapa anda harus tidur. Kaedah ini juga elok untuk mengajar anak-anak kecil untuk tidur malam. Secara tidak langsung, badan akan menerima signal untuk tidur apabila tiba waktu yang telah anda tetapkan.
  2. Elakkan pengambilan kafein dan nikotin sebelum tidur. Sebaiknya jarakkan pengambilan terakhir 2 jam sebelum tidur.
  3. Elakkan makan makanan yang berat 2 jam sebelum waktu tidur kerana selepas makan, badan akan menggunakan tenaga untuk memproses makanan di dalam perut dan menyukarkan kita untuk tidur.
  4. Cuba ambil segelas susu suam atau koko panas sebelum tidur. Tidur anda akan lebih lena dengan suhu air tersebut. Saya minum ESP dan ambil Ostematrix sebelum tidur. Pengambilan suplemen ini secara tidak langsung membantu saya mendapatkan tidur yang lebih lena dan bangun dengan lebih cergas keesokan harinya!
  5. Padamkan lampu bilik tidur. Matikan peralatan elektrik sekitar anda yang boleh memberi gangguan seperti televisyen, radio, ipad dan sebagainya. Pastikan suasana tempat tidur adalah selesa dan wangi supaya mendapat tidur yang berkualiti. Anda juga boleh memasang alunan zikir dan bacaan Al-Quran sebagai alternatif kepada lagu-lagu berentak perlahan kerana otak kita akan menyerap serba sedikit apa yang kita dengar sebelum tidur (subconsius mind activity).
*banyak lagi tips untuk memudahkan anda untuk tidur malam dan mengatasi insomnia. Semua ini akan saya kongsikan dengan anda secara percuma!

Hubungi saya segera seperti yang tertera di bawah:

Linda Ismail (SID 866459)
<3 email : sihatdengansaya@gmail.com
<3 Tel | SMS | Viber : 012-940 1604
<3 http://www.facebook.com/SihatDenganSaya



*Insomnia sharpens your math skills because you spend all night calculating how much sleep you'll get if you're able to "fall asleep right now".

Khamis, 7 Mac 2013

Adakah Jisim Tulang Anda Normal?

Adakah Jisim Tulang Anda Normal?

Tahukah Anda?
Bacaan Jisim tulang lelaki normal sepatutnya berada lebih daripada 2.6
manakala
bacaan jisim wanita normal sepatutnya melebihi 2.1

Jisim tulang yang rendah adalah tanda-tanda tulang anda mula poros dan mudah rapuh.

Jangan tunggu sehingga tulang anda rapuh! Jom berikan tulang anda kesihatan yang sewajarnya.
*di samping pengambilan suplemen, senaman juga diperlukan agar tulang anda sihat dengan lebih optimum!

http://sihatdengansaya.blogspot.com/2012/11/bagaimana-mempertingkatkan-bone-mass.html?m=0

Hubungi saya untuk lebih banyak tips kesihatan dan konsultasi percuma.
Linda Ismail (ID:866459)
email : sihatdengansaya@gmail.com
sms|whatsapp : 0129401604
http://www.facebook.com/sihatdengansaya

Isnin, 4 Mac 2013

OSTEMATRIX - Buy 6 Free 1





OsteMatrix
Bukan Sekadar Kalsium!
Tetapi Suplemen Lengkap Untuk Tulang Anda!



Hubungi saya untuk lebih tips kesihatan dan kecantikan.
Linda Ismail (SID:866459)
TEL | SMS | WHATSAPP : 012-940 1604
Email : sihatdengansaya.blogspot.com

Ahad, 3 Mac 2013

OsteMatrix - vitamin lengkap untuk tulang anda

Tahukah Anda?

Kalsium dan Vitamin D menghalang tulang menjadi rapuh.
Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus.

Kenapa OsteMatrix berbeza dengan pil kalsium biasa di pasaran?

Haaa...Yang ni yang nak kena tahu!
OsteMatrix LENGKAP dengan magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.
Semua vitamin dan nutrien ni ada dalam satu kapsul yang mudah ditelan.
Maka, tak payah nak fikir nak telan banyak-banyak pil dah tau!

 Ok, bulan ni ada promosi hebat!
Beli 6 percuma 1.
Hebat! Terbaik!

Jom PM saya dulu untuk lebih makllumat dan tips kesihatan.
Linda Ismail (SID:866459)
TEL | SMS | WHATSAPP : 012-940 1604
Email : sihatdengansaya.blogspot.com


Selasa, 27 November 2012

Bagaimana Mempertingkatkan Bone Mass Saya?

Suatu hari, seorang rakan datang menimbang berat badan beliau dengan Body Health Analyzer saya.

Profil diri
Jantina : Lelaki
Umur : 35
Ketinggian : 165cm
Merokok / Tidak Merokok
Bacaan Bone Mass : 2.0 (Julat bacaan normal untuk profil beliau adalah >2.6)
Tarikh bacaan Bone Mass diambil :  19 September 2012

Latarbelakang
Merupakan seorang yang aktif sukan ragbi sewaktu zaman sekolah.
Bermain futsal secara santai pada hujung minggu kebelakangan ini.
Mengalami patah tulang selangka sewaktu bermain futsal baru-baru ini.

Ketika timbangan dibuat, bacaan bone mass beliau adalah 2.0 di mana julat normal untuk kategori beliau sepatutnya melebihi 2.6.

Saya mencadangkan pengambilan OsteMatrix secara berterusan bagi membantu pemulihan tulang selangka beliau yang patah serta mempertingkatkan bone mass beliau.

Hari ini, sekali lagi bacaan Bone Mass beliau diambil dan didapati bacaan tersebut telah mencecah 2.8!

Hasil pemerhatian doktor juga mendapati tulang selangka beliau telah pulih dengan kadar yang cepat.

Alhamdulillah, OsteMatrix adalah lebih dari sekadar kalsium! OsteMatrix turut mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

Apalagi! Jomlah kita berOsteMatrix!

Bone Mass dan Shaklee


Apakah Bone Mass atau Jisim Tulang? 
Jisim tulang merujuk kepada jumlah isipadu tentu galian/mineral di dalam tulang (kebanyakannya kalsium dan fosforus). Jisim tulang juga dipanggil ketumpatan tulang atau kepadatan mineral tulang (BMD). Seseorang dengan ketumpatan tulang yang rendah adalah berisiko tinggi untuk mengalami patah atau osteoporosis.


Apakah Osteoporosis?
Penyakit rapuh tulang atau dikenali sebagai Osteoporosis ialah kehilangan atau pengurangan ketumpatan, jisim (kepadatan) dan kekuatan tulang. Osteoporosis juga merupakan satu penyakit di mana tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Tempat yang biasa terjadi ialah di bahagian tulang belakang, pinggul dan pergelangan tangan.

Apakah itu tulang? 
Tulang merupakan struktur yang hidup. Kekerasan dan kualiti mineralnya terhasil dari tindakan sel-sel tulang. Pengurangan kekuatan dan ketumpatan tulang inilah yang menyebabkan Osteoporosis. Dalam kes Osteoporosis, tulang menjadi berliang, tidak kuat dan mudah retak/patah walaupun dari kesan kecederaan yang kecil dan ringan.
 
Siapakah yang mudah mendapat osteoporosis ? 
Anda mungkin menganggap bahawa hanya wanita yang tua, yang putus haid atau mereka yang telah membuang ovari merupakan sasaran keadaan ini. Memang ada kebenarannya. Tidak dapat kita nafikan bahawa hormon merupakan penyebab penting dan wanita yang berumur 35 tahun ke atas merupakan golongan yang berisiko tinggi, tetapi banyak faktor lain juga menyumbang kepada kejadian osteoporosis ini. Di bawah ini disenaraikan faktor-faktor yang perlu anda ketahui : 
Kekurangan kalsium yang berpanjangan atau sindrom kurang keupayaan penyerapan usus 
Paras estrogen yang rendah selepas putus haid (menapous) atau selepas pembuangan ovari 
Tidak melakukan senaman atau tidak aktif 
Merokok 
• Pengambilan alkohol yang banyak 
Pengambilan kafein yang banyak dari minuman kopi, teh dan sebagainya 
Mengguna ubat mengandungi steroid untuk jangka waktu yang sangat lama 
• Faktor bangsa : keturunan Asia dengan bentuk rangka tubuh yang kecil 
• Pengeluaran hormon adrenal atau tiroid yang berlebihan.

Pencegahan

Disyorkan cara-cara untuk mencegah jisim tulang yang rendah termasuk 
makan makanan yang mengandungi banyak kalsium dan vitamin D
melakukan senaman penampung berat (seperti berjoging berjalan, atau menari)
tidak merokok dan tidak meminum alkohol berlebihan. 
Jika anda mempunyai osteopenia, doktor anda mungkin mencadangkan ubat-ubatan untuk mengelakkan kehilangan jisim tulang yang lebih yang boleh membawa kepada osteoporosis. 


Cadangan Suplemen

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.





Jisim tulang merujuk kepada jumlah galian (kebanyakannya kalsium dan fosforus) bahawa isipadu tentu tulang mengandungi. Jisim tulang juga dipanggil ketumpatan tulang atau kepadatan mineral tulang (BMD). Seseorang dengan ketumpatan tulang yang rendah adalah berisiko tinggi untuk patah dan osteoporosis.

Read more: Apakah Massa Tulang? | EHow.com http://www.ehow.com/facts_5542767_bone-mass.html#ixzz2DJmFnfgV

Isnin, 26 November 2012

OsteMatrix™

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.